skmesapol.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN MESAPOL
PETI SURAT 54,89857  SIPITANG, SABAH
 Tel : 087821179, Faks : 087821179
e-mel : skmesapol@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | PAUTAN |

SEJARAH SEKOLAH
SK MESAPOL SIPITANG


Bangunan Sekolah

           SK Mesapol terletak di Pekan Mesapol  di  dalam Daerah Sipitang. Sekolah ini  sejauh 7 km dari Pekan Sipitang.Pekan Sipitang adalah  Daerah yang bersempadan dengan Sarawak dan laluan ke Negara Brunei Darussalam.

Dengan kesedaran perlunya pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada anak-anak dan genarasi muda serta dengan penuh keyakinan dan semangat yang tidak pernah kenal putus ada. Tahun 1947 tertubuhlah sebuah sekolah yang dikenali Government  Primary School Mesapol(GPSM).

      

    Cabaran yang paling besar dalam mempelopori  pendidikan formal pada waktu itu ialah kesungguhan dan kesanggupan para ibubapa membina dan menyediakan peralatan bangunan yang diperlukan secara gotong royong untuk mendirikan  sebuah sekolah yang bertiangkan kayu, berdinding dan berlantaikan papan, serta beratapkan daun nipah yang terletak dia tas bukit di kampung padang yang kini kini dikenali kampung Kedai  Mesapol Lama.

 

 



Tugu Sk Mesapol

Guru yang pertama yang mencurahkan bakti bagi mendidik para pelajar sekolah ini ialah Allayarham Cikgu Hassan Bin Ahmad, beliau bertugas di sekolah ini selama 3 tahun dan selelpas itu ditukar dan digantikan dengan Tuan Hj Layer Bin Perudin. Kemudian ditukar digantikan dengan En Saudi  Bin Taha. Demi mencurahkan bakti mereka sanggup bertugas seorang diri.

Sekolah ini telah banyak melahirkan pelajar yang berjaya dan salah satunya ialah pemimpin Daerah Sipitang iaitu YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad.

Pada tahun 1955, Sekolah Kebangsaan Mesapol telah mendapat bangunan baru di Pekan Mesapol. Oleh kerana Pelajar semakin ramai maka peruntukkan dari kerajaan , sebuah bangunan baru Konkrit  telah didirikan di Jalan Kampung Sungai Tiga  dan telah digunakan pada 23 ogos hingga sekarang.

Pada tahun 1997 sekolah ini telah merayakan Jubli Emas , dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri  Sabah, Dato Hasbullah  Hj Md Taha,Sebuah tugu dibina untuk mengingati perayaan ini.

Pada tahun 1998 sebuah bangunan baru iaitu projek kilat telah dibina untuk menampung tiga buah bilik darjah dan sebuah surau untuk membolehkan pelajar Islam menjalankan aktivitinya. Pada Februari 2002 sebuah makmal komputer telah dibina untuk sekolah ini. Pada tahun 2003,  satu blok rumah guru  3 buah telah dibina menggantikan 3 buah rumah guru yang telah rosak.

 

 

 

Bangunan Makmal komputer Sekolah

 

 

 





Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: